Cara Membuat Hompej bagi Orang Permulaan
Arakian, terdengarlah beta rintihan seorang hamba merayu agar diajarkan cara membuat hompej . Atas permintaan beliau, beta turunkan ilmu itu. Bagi mereka yang menjadi pandai atas ajaran saya ini, saya harap beliau memanggil beta 'guru' . Beta tidak meminta sebarang ganjaran darimu, cuma sekadar pahala jariah yang berkekalan walau setelah beta mangkat..hehe. Aiwa, langkah-langkahnya ialah :-
1. Gunakan program yang tertentu untuk membuat fail HTML. Contohnya ialah FrontPage 98, FrontPage Express, Netscape Composer, Hotdog Professional, HotMetal Pro, Home Site, dll.....
2. Apabila semua fail html sudah siap, sekarang anda mesti upload fail-fail tersebut ke server di Internet. Jika anda mahu percuma, sign up sajalah di laman free homepage hosting seperti Geocities, Tripod, Fortunecity, TheGlobe, Xoom dll . Jika di Geocities atau Fortunecity, anda mesti cari mana direktori yang kosong dan pilihlah yang mudah diingat. Jika di Xoom atau Tripod, format URl yang disediakan ialah macam nie - members.xoom.com / ~<apa2 saja yang anda nak letak>
3. Untuk menceriakan lagi hompej anda, bolehlah letak frame, javascript, shockwave, java, cgi script, form, dll....
Sekian , terima kasih..........( kalau tak puas hati, boleh hentam beta di alamat nie > [email protected] )