DOL SAID pahlawan naning


Daerah Naning terletak di antara Rembau dengan Melaka. British menganggap Naning sebahagian daripada jajahan Melaka. British menuntut penduduk Naning membayar cukai sebanyak 1/10 hasil mereka kepada Melaka.

Dol Said adalah PENGHULU Naning. Beliau mendakwa Naning = negeri yg merdeka. Oleh itu, beliau menentang semua tuntutan yang dibuat oleh Birtish terhadap Naning.

  1. Dol Said enggan tunduk kepada British. British hantar angkatan perang seramai 150 sipahi utk serang Naning pada 1831.

  2. Dol Said telahpun meminta bantuan dari Rembau. Yamtuan Muda Rembau (Raja Ali) telah menghantar bantuan tentera di bawah pimpinan menantu beliau ( Sayid Shaaban )

  3. Mereka pun bertempur. British yang kalah terpaksa berundur.

  4. British buat persiapan utk serangan kedua. Mereka suruh Dol Said menyerah diri tapi Dol Said enggan. Pada Februari 1832, British isytihar untuk menangkap Dol Said. Mereka bagi tawan hadiah kepada sesiapa yang berjaya menangkap Dol Said.

  5. British sekali lagi serang Naning dari Melaka. Angkatan tentera British berjumlah lebih kurang 1400 orang.

  6. Kali ini Naning tidak lagi dibantu oleh Rembau. Tentera Dol Said telah ditewaskan. Tabuh Naning iaitu pusat pemerintahan Dol Said telah ditawan oleh British. Rumah Dol Said telah dibakar tentera British.

  7. 1833, Dol Said menyerah diri. Beliau diberi pencen dan sebuah rumah di Melaka. Beliau masih dihormati oleh orang Melayu.

  8. Walaupun British menang dalam perang itu, diorang rugi 100,000 pound.


"Hehe.. semua fakta di atas telah diceduk dari buku Sejarah Tingkatan Dua. "

HOME